Wednesday, February 23, 2011

~**~HUKUM MUSLIMAH PAMERKAN WAJAH~**~

(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.
Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

(2) wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
lagipun wanita adalah fitnah trbesar bagi lelaki.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

(4)Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

(5)sabda RASULULLAH S.A.W.;
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik2 jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semu alasan semata2 untuk membenarkan apa yang kita buat.







Monday, February 14, 2011

~**~Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat~**~

Bismillahirahmanirahim...
Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam..
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W.
Ketika saya berkunjung ke taratak sahabat-sahabat blogger yang lain sempat menyinggah ke laman iluvislam.com...saya tertarik membaca artikel tentang saat Nabi Muhammad SAW wafat..Walaupun berkali-kali mendengar atau terbaca artikel seperti ini,Namun hati tetap merasa sedih setiap kali membacanya..
Batapa mulianya kekasih Allah itu..Tatkala maut mahu menjemputnya,baginda masih lagi memikirkan perihal umatnya..Lihatlah betapa sayangnya Nabi Muhammad kepada kita...
Syukur padaMu ya Allah kerna Engkau telah kurniakan kami Nabi Muhammad sebagai utusanMu..
Marilah kita sama-sama kita menghayati saat terakhir Nabi Muhammad SAW..





Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, February 5, 2011

~**~MUHASABAH DIRI~**~








Hari demi hari usiamu kian berkurang,
Tapi engkau tidak pernah menyadarinya.
Setiap hari Allah datangkan rezki kepadamu,
Tapi engkau tidak pernah memujiNya.
Dengan pemberian yang sedikit, engkau tidak pernah mau berlapang dada.
Dengan pemberian yang banyak, engkau tidak juga pernah merasa kenyang.

Wahai manusia !
Setiap hari Allah datangkan rezki untukmu.
Tapi setiap malam malaikat datang kepadaNya dengan membawa catatan perbuatan jelekmu.
Engkau makan dengan lahap rezkiNya,
Tapi engkau tidak segan-segan pula berbuat durjana kepadaNya.

Wahai Manusia !
Allah kabulkan jika engkau memohon kepadaNya,
KebaikanNya tak putus-putus mengalir untukmu.
Namun sebaliknya, catatan kejelekanmu sampai kepadaNya tiada henti.
Allah adalah pelindung terbaik untukmu,
Tapi engkau hamba terjelek bagiNya.

Wahai Manusia !
Kau raup segala apa yang Allah berikan kepadamu,
Tapi Allah tutupi kejelekan yang kau perbuat secara terang-terangan.
Tidak malukah kalian kepada Allah?

Wahai Manusia !
Engkau melupakan Allah
Tapi engkau ingat pula kepada yang lain.
Kepada manusia engkau merasa takut,
Tapi kepada Allah engkau merasa aman-aman saja.
Pada manusia engkau takut dimarahi,
Tapi pada kemurkaan Allah engkau tak peduli.

Wahai Manusia !
Bersujudlah dan bertaubatlah kepada Allah SWT serta menangislah.
Betapa banyak dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Lihatlah, betapa banyak kelalaian yang telah kita lakukan selama ini!

Ya Allah,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-Mu yang luas
Aku hanyalah setetes embun di lautan-Mu yang meluap hingga ke seluruh samudera

Aku hanya sepotong rumput di padang-Mu yang memenuhi bumi
Aku hanya sebutir kerikil di gunung-Mu yang menjulang menyapa langit
Aku hanya selonggok bintang kecil yang redup di samudera langit Mu yang tanpa batas.

Ya Allah.
Hamba yang hina ini menyedari tiada artinya diri ini di hadapan Mu.
Tiada Engkau sedikitpun memerlukanku,
Tapi hamba ini terus menggantungkan segunung harapan pada Mu.

Ya Allah,
Ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air ini dapat memadamkan api neraka Mu.
Betapa sedar diri ini begitu hina dihadapan-Mu.
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhluk-Mu.
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini,
Hati yang telah dikotori oleh noda ini,
Yang memiliki keinginan setinggi langit,
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu Yang Mulia?

Ya Allah,
Ampunilah aku dan saudara-saudaraku yang telah memberi arti dalam hidupku,
Berikanlah kejayaan dan mudahkanlah urusan mereka,
Mungkin tanpa kami sedari,
Kami pernah melanggar aturan Mu.

Ya Allah,
Ampunilah kami,
Pertemukan kami dalam syurga Mu dalam bingkai kecintaan kepada Mu.

Ya Allah
Siangku tak selalu dalam iman yang teguh,
Malamku tak senantiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh zikir kepada Mu,
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu,
Atau dalam maksiat kepada Mu.
Ya Tuhanku tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!!

Ya Allah,
Kami bukanlah hamba Mu yang pantas memasuki syurga firdaus Mu,
Tidak pula kami mampu menanggung akan siksa api neraka Mu,
Berilah hamba Mu ini ampunan, dan hapuskanlah dosa-dosa kami,
Sesungguhnya hanya Engkaulah Sang Maha Pengampun.

Ya Allah,
Dosa-dosa kami seperti butiran pasir dipantai,
Anugerahilah kami ampunan wahai Yang Maha Agung,
Umur kami semakin berkurang setiap hari,
Tapi dosa-dosa kami terus bertambah.
Adakah pintu taubatku masih terbuka?

Ya Allah,
Hamba Mu yang penuh maksiat ini bersimpuh menghadapMu,
Ku akui dosa-dosaku dan memohon ampun kepadaMu,
Ampunilahku Ya Allah,
Kerana hanya Engkaulah Sang Pemilik Ampunan .










Tuesday, February 1, 2011

~**~MENGAJAR~**~

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah setelah dua bulan menganggur di rumah, 
akhirnya hasrat untuk mengajar tercapai juga walaupun hanya 
sebagai guru ganti...Tambahan lagi dapat mengajar di sekolah lama(zaman keanak-anakan dulu)
di Sek.Keb.Pelabuhan Utara...Ramai la guru-guru yang sye kenal terutamanya yang pernah mengajar sye 
dari darjah satu hinggalah darjah enam...

Sebelum nak ke sekolah,macam-macam perasaan yang timbul...Segan+malu+takut..
Maklumlah sudah berapa tahun meninggalkan halaman sekolah..
Sye dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek pendidikan islam dan bahasa arab..
Alhamdulillah subjek yang sye dapat bersesuaian dengan bidang yang sye ambil..

Wah,memang terlalu ramai guru-guru yang masih kekal di sana...Masuk shj bilik guru jumpa guru kesayangan..Apa lagi masing-masing berpelukan melepaskan rindu...Baru hari pertama masuk dah kene mengajar...Memang tak tahu apa-apa la hari first tu..(blurr)..Tapi nasib baik ada cikgu-cikgu lain yang membantu..terima kasih cikgu^^..Masa perjalanan nak ke kelas, terserempakla dengan ramai cikgu...antara kata-kata cikgu yang sye ingat, "macam pernah ku lihat muka ini,tapi di mana ye??" "lepas tu ade cikgu lain pulak kate, "terasa macam dah tua pula bila bekas murid mengajar di sini"..Apa-pun cikgu-cikgu tetap sporting macam dulu...n_n
Keadaan dalam kelas. 
  • Pra Persekolahan:


Masuk sahaja ke kelas memang tak tahu nak ajar apa...Tapi mengikut perancangan mengajar sepatutnya  mereka belajar rukun iman..Memandangkan mereka semua masih enam tahun dan masih banyak lagi perkara yang belum diketahui, akhirnya sye pun buat keputusan mengajar huruf hijaiyah...Keadaan kelas bising+gaduh+hyperaktif+merajuk...Sangat memeningkan...Baru sikit dah terasa penat...Baru tahu perasaan seorang guru bila mengajar...Perlukan kesabaran yang sangat tinggi...

  • Darjah empat
Kelas seterusnya darjah empat. Kena pula masa mengajar lepas rehat.9.50 pagi masuk kelas..Dekat 10 minit juga menunggu murid-murid masuk..Memang kena sabar je la.. Tak pe, baru hari pertama..sabar2...Agaknya macam ni la perasaan seorang cikgu menunggu anak muridnya yang lewat..~hurm~Sebelum memulakan kelas sempatlah bersesi ta'aruf dengan murid-murid...Dalam berta'aruf tu, boleh pulak tersasul gelarkan diri "akak"..herk,kena gelak jugak la dengan anak murid..(cover-cover)...
Selesai shj berkenalan, sesi pembelajaran pun bermula..."macam mana nak mengajar nie???dah la peralatan mengajar sume tak lengkap..Dengan markernye tak de...Terpaksalah keluarkan seluruh tenaga untuk bercakap kuat-kuat...Sakit juga tekak dibuatnya..Masuk kelas seterusnya, Tiba-tiba ada seorang anak murid menjerit.."ustazah boleh tak nak buat kerja sendiri???Buku kena hantar hari ni jugak" aduh, macam mana nak buat nie??? Sepatutnya tak boleh tapi ramai sangat mendesak...Last-last ikut juga lah cakap mereka..."Tak pe-tak pe hari ni je ustazah baik,esok-esok ustazah jadi garang pulak"...Nasihat dari guru-guru yang lain,jangan terlalu lembut dengan pelajar nanti senang-senang kena pijak kepala...ok cikgu!!!

Pengajaran yang boleh diambil dan dipraktikkan bersama:
  1. Hormatilah guru-guru kita kerana jika suatu hari kita pulak dipertanggungjawabkan untuk mendidik,kita akn merasa apa yang pernah kita lakukan kepada guru-guru kita.
  2. Perlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk mengajar ni..Kerana tugas seorang guru bukanlah satu kerja yang mudah.
  3. Walaupun mereka bekas guru kita,tapi janganlah buat-buat tak tahu bila berjumpa dengan mereka kerana tanpa mereka semua sudah tentu kita sekarang ni tidak tahu menulis dan membaca
  4. Tugas seorang guru adalah pekerja yang paling mulia kerana guru mewarisi tugas nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat...











~**~MESIR~**~


Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah semalam natijah STAM telah pun keluar...Syukur sangat-sangat di atas pemberianMU Ya Allah...Seramai 17 orang pelajar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kg.Jawa berjaya mendapat keputusan pangkat Mumtaz dalam STAM...
Dalam kegembiraan mendapat keputusan STAM, tiba-tiba teringatkan saudara2 Malaysia yang sedang berjuang menuntut ilmu di sana...Sebelum ini ada berhubung dengan akhwat dari Mesir untuk bertanyakan pembelajaran di sana..(nak cari info sebelum apply ke timur tengah) Tapi hanya sekerat jalan shj perhubungan kami...Dalam hati tertanya-tanya jugak kenapa masih belum ada respon dari sana???Rupa-rupanya barulah saya tahu internet di sana telah disekat.. Malah bukan itu shj, mereka pun tidak dapat dihubungi kerana semua panggilan juga telah disekat..Bagaimana agaknya keadaan mereka sekarang??? Mudah-mudahan semuanya selamat dan baik-baik shj...

Memang hasrat kalau boleh mahu melanjutkan pengajian ke timur tengah, tapi selepas je berita macam ni berlaku, terus mak cakap tak payah sambung sana...Terus rasa down...Memang sejak di tingkatan empat lagi memasang niat nak ke Mesir...Tapi walau apa pun hanya mampu berdoa supaya keadaan di sana tidak berlarutan lama..Bak kata cikgu Norhan, "ala,itu cume sekejap jer..esok-esok da tak de la tue"...Yang penting sekarang banyak-banyak la berdoa untuk saudara-saudara kita di sana......

Untuk maklumat lanjut tentang keadaan di Mesir,
sila klik URL ini...








Thursday, January 27, 2011

~**~menangis kerana amalan solat kurang baik~**~

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadah- nya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.”
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebe- lah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.









note:semoga kisah ini memberi pengajaran buat kita semua^^











Wednesday, January 26, 2011

~**~TERJAWAB AKHIRNYA~**~

Bismillah...
Kawan-kawan kata result STAM selalu keluar bulan tiga sekali dengan keputusan SPM..
Ustazah cakap pula, natijah keluar bulan dua...
Makluman dari surat khabar UTUSAN mengatakan result STAM akan keluar 31 Januari 2011...
Nampaknya semakin hampir lah dengan tarikh keramat tu...
Persoalan yang bersarang dalam hati tentang natijah STAM akhirnya terjawab juga...
Sejak dapat tahu jer keputusan nak keluar dah tak boleh duduk diam...
Hari-hari memikirkan apa yang bakal diperolehi dalam slip keputusan nanti...
Sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi...huhu...
Teringat pengalaman semasa nak ambil keputusan SPM tahun lepas,
tersenyum seorang diri bila diimbas kembali..=)
Punya la takut sangat masa tu..Dalam perjalanan nak ke sekolah, tangan punya la sejuk macam peti ais..menggigil juga la dibuatnya.. Sampai je tempat nak ambil slip keputusan sye menangis.. Masa tu result belum tengok lagi..Memang tak berani nak tengok pun sebenarnya..
Mak sya la orang pertama yang tengok result sye..Bila mak kata ok, aLhamdulillah sye lega..
Tahun nie tak tahu pula apa gelagat sye bile nak ambil keputusan..Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar...

Sedikit perkongsian tips-tips sebelum nak ambil keputusan peperiksaan


  • Sebagai umat islam, perkara yang paling penting bagi seseorang mukmin itu hendaklah kita banyak-banyakkan berdoa kerana berdoa adalah senjata utama orang islam.Firman Allah SWT:


"Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku.Hendaklah mereka itu memenuhi 
(perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran"
(surah al-baqarah:186)
  • Jangan datang terlalu awal ataupun lambat. Ini kerana boleh membuatkan kita bertambah lebih gementar lagi
  • Duduk di tempat yang tenang ataupun di tempat yang tidak terlalu ramai orang.Ini untuk mengelakkan kita tidak kelihatan orang bila kita menangis(mana lah tahu natijah kurang memberangsangkan)~bunyi macam nonsense la plak~ +_+
  • Bila dah dapat keputusan tue, terus jumpa ibu bapa dan guru terlebih dahulu..Kawan di kemudiankan ok..
  • Lastly, walaupun apa pun keputusan yang bakal kita perolehi, kita perlu lah redha dan bersyukur dengan apa yang kita dapat...Jangan menyalahkan diri dan orang lain..Kerana kalau itu lah memang telah ditakdirkan untuk kita,terima seadanya..Sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui.Yang penting kita belajar untuk cari keredhaanNya bukan utk kejayaan semata-mata...

Akhir kata bitaufiq wannajah buat semua rakan seperjuangan...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008